
IN FRAGILE HOPE/DANCING CONVICTION: Talk on Art, Dance and Social Justice by Ananya ChatterjeaTalk
Tue 3 Nov, 8.30pmPresented by Projek KL Fringe 2009 – CETUS Danstheater Series
Admission is Free
As part of the program for this year’s Projek KL Fringe, the CETUS Danstheater Series is proud to present “IN FRAGILE HOPE/DANCING CONVICTION: Talk on Art and Social Justice by Ananya Chatterjea”. In this talk, the internationally renowned US-based choreographer/dancer/lecturer Ananya Chatterjea will talk about “dance as a call to action" and the many lessons she has learned through her study of street theatre and feminist praxis across the world. Ananya will also share her experiences of the artistic process and how she has arrived at her “commitment to the immediate relationship between bodily artistic practices and social justice movement.” This is a must-attend event for anyone who is interested in dance and physical theatre.
+
ABOUT THE PRESENTERAnanya Chatterjea, dancer, choreographer, dance scholar, and dance educator, envisions her work in the field of dance as a “call to action” with a particular focus on women artists of color. She is Associate Professor in the Dept. of Theater Arts and Dance and Director of Dance in the University of Minnesota, Minneapolis. She is also the Artistic Director of Ananya Dance Theatre, a dance company of women artists of color who believe in the powerful intersection of artistic excellence and social justice (www.ananyadancetheatre.org).
Trained initially in Indian classical and folk dance traditions, she became a well-known exponent of the Odissi style of classical dance at a young age. However, disillusioned with the commercialization that had become attendant upon Indian classical dance forms, and vitally interested in the creation of a contemporary Indian dance mode, Ananya began her explorations of form and theme in dance in the 1980’s. But, it is through her study of street theater and feminist praxis across the world that she arrived at her fierce commitment to the immediate relationship between bodily artistic practices and social justice movements.
Ananya believes in the integral interconnectedness of her creative and scholarly research. Her book, Butting out! Reading cultural politics in the work of Chandralekha and Jawole Willa Jo Zollar, was published by Wesleyan University Press in 2004. At the University of MN, she teaches courses on the cultural politics of dance, the bodily production of knowledge, dance historiographies, and the choreographies of social justice art projects. Ananya is the proud recipient of grants from prestigious organizations such as the Asian Arts Initiative, McKnight Foundation, the Minnesota State Arts Board, Jerome Foundation, as well as a prestigious artist fellowship from the Bush Foundation. In 2001, she was featured as an “Artist of the Year” in the City Pages, and in 2005, she was named a “Changemaker” by the Women’s Press in Minnesota. She is also the proud recipient of awards from the BIHA (Black Indian Hispanic Asian) Women In Action organization and from the MN Women’s Political Caucus, and recently the 21 leaders for the 21st Century Award from Women’s E-News (http://www.womensenews.org/21leaders2007.cfm), a national women-centered news organization, for her work weaving together community-building and artistic excellence and creating a space for women’s voices through artistic practices.
She was recently honored by the Josie Johnson Social Justice and Human Rights Award at the University of Minnesota. Recent performances include Erasing Borders Festival (New York, 2008), Bates Dance Festival (Maine, 2008); New World Theater (Amherst, 2007); Museum Theater (Singapore, 2007); Conwell Theater (Philadelphia, 2007); Contemporary Asian Dance Festival (Osaka, 2006); Indonesian Dance Festival (Jakarta, 2006); Women Artists for Peace Festival (Delhi, 2004); Harborfront Theater (Toronto, Cananda, 2003, 2004); Habitat Center (Delhi, India, 2003); National Center for Performing Arts (Bombay, India, 2003); Philippines Cultural Center (Manila, Philippines, 2003) Theaterlabor (Bielefeld, Germany, 2002); Under the Stars Festival (Kuala Lampur, Malaysia, 2002); and Nehru Center (London, UK, 2002). She has been artist-in-residence at Univ. of Surrey (2005), Performing Arts School (Singapore, 2003), and MIT’s Dept. of Theater and Dance (2001, 2002). She was selected to be a Ford Foundation Delegate to Delhi (2002) and an artist in a creativity pilot project initiated by the UK Arts Council (2001).
+ + + +
Don’t forget to catch the rest of Projek KL Fringe 2009 events! At Black Box, ASWARA, Kuala Lumpur!
PROJEK KL FRINGE 2009 “CETUS” Danstheater SeriesDance Theatre Performance
Fri 6 & Sat 7 Nov, 8.30pmVenue: Black Box, ASWARA, Kuala Lumpur
Admission RM20 (Adult) & RM10 (Student)
All proceeds will go to the Red Crescent Society
KL Fringe Festival kembali lagi pada tahun 2009 ini dengan nama yang sedikit berbeza, “Projek KL Fringe” yang sesuai dengan keadaannya yang bersifat projek dan bukan festival, serta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai festival kecil yang mulai menumbuh akar sebelum menjadi sebuah pohon rendang, walaupun masih berada di dalam keadaan ekonomi yang muram.
Pada tahun lalu festival yang berlangsung pada bulan Julai itu menampilkan empat siri seni – Teater, Muzik, Filem, Teater Tari. Tahun 2008 menyaksikan enam buah karya teater baru dipersembahkan oleh pengarah dan penulis - Hamzah Tahir, Syarul Fitri, Francis (USA), Marlenny Deenerwan, Arifwaran (Jerman) dan Zubin Mohamad. Begitu juga dengan filem, masing-masing menampilkan enam buah filem pendek dan dokumentari serta enam kumpulan muzik independen yang kuratorkan oleh Fathullah Lokman.
Manakala Siri Teater Tarinya diadakan pada bulan November 2008 dengan menampilkan dua kumpulan serta dua penari solo dari Jepun serta San Francisco, USA, yang diketuai oleh Katsura Kan dan diadakan di ASWARA Music Hall. Festival Fringe Kuala Lumpur 2008 dipelopori oleh Dr.Zulkifli bin Mohamad selaku Pengarah Artistik dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Stor Teater dibawah kelolaan Wahab Hamzah.
Memandangkan DBP dan Stor Teater telah menganjurkan 2 festival teater kecil – iaitu teater 10 minit dan satu lagi festival 10 minit sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2009, Festival Fringe 2009 mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada Siri Teater Tari/ Danstheater Series. Memandangkan kedudukan organisasi nirlaba ini masih baru di dalam menguruskan festival skala kecil, keputusan diambil untuk mewujudkan program-program yang berbeza dalam jangkawaktu satu tahun melalui: Teater Tari, Filem Pendek & Dokumentari, Band Muzik dan Teater.
Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan pada tahun ini, kita hanya mampu mempersembahkan program “Siri Teater Tari” (Danstheater Series) yang akan menampilkan 7 pengkarya yang akan mempersembahkan karya 20-30 minit.
+
“CETUS” DanstheaterDanstheater sebenarnya diambil dari kata Tanztheater yang berasal dari Jerman sejak tahun 1927, yang merujuk kepada Dance Theatre atau mungkin boleh dirujuk sebagai Teater Tari. Pun begitu kata Teater Tari masih berkait dengan istilah Drama Tari dan Taridra, walaupun ianya berbeza dan lebih bersifat kontemporari. Teater Asia sebenarnya mempunyai unsur-unsur drama, tari, muzik, muzikal dan sekaligus bersifat fizikal. Danstheater di sini sebenarnya merujuk kepada gabungan pemikiran, gaya, rupa dan jiwa Timur dan Barat di dalam persembahan teater tari. Ianya menghasilkan gabungan yang dipanggil “CETUS” untuk merepresentasikan pertemuan-pertemuan antara timur dan barat, moden dan tradisi, serta generasi lama dan baru dan seterusnya menjadikan sebuah persembahan teater tari untuk menarik perhatian para penggemar Tari Kontemporari yang seringnya berlandaskan Tari Barat serta para penggemar teater Bahasa Malaysia. Mungkin di sini bukan hanya berlaku satu gabungan penggemar, tetapi juga pemikiran, gaya, rupa dan jiwa yang bersifat Malaysia.
Apa yang menarik kali ini adalah gabungan para karyawan teater tari atau Dansteater yang terdiri daripada koreografer-koreografer pelbagai kaum dalam Bangsa Malaysia – Melayu, India, Cina, Borneo yang sekaligus boleh dilabelkan sebagai persembahan Satu Malaysia – One Malaysia. Hidangan karya pada kali ini juga menampilkan karyawan dari genre pemikiran tari yang berbeza, tradisi dan barat, serta menggabungkan generasi yang berbeza. Selain itu Dansteater juga akan menampilkan A.P. Dr. Ananya Chatterjea dari University of Minnesota, USA, yang juga Pengarah Artistik kumpulannya, Ananya Dance Theatre.
Antara yang terpilih untuk menampilkan karya mereka pada tahun ini termasuklah:
TAK TUN oleh Agi Ibrahim (Malaysia)
Agi Ibrahim misalnya bukanlah satu nama baru di dalam dunia seni, terutamanya seni puisi. Seperti Allahyarham W.S. Rendra, Agi Ibrahim terkenal kerana persembahan puisinya yang begitu “animated” dan bersifat fizikal. Beliau yang juga ahli Kumpulan Anak Alam di era teater kontemporari 1970an. Beliau pernah memenangi S.E.A Write Award di Bangkok.
KALI TANDAVA – NUCLEAR WINTER oleh Ananya Chatterjea (USA/India)Ananya Chatterjea adalah seorang koreografer, penari serta ahli akademik tari dengan buku tarinya “Butting Out” yang menjadikan asas tarinya dari seni tari klasik India, Odissi dari Bengal dan mengenegahkan pemikiran Pasca-Kolonial di dalam persembahan-persembahan teater tarinya di New York dan Minnesota. Kini beliau menjadi pengarah program tari di Universiti Minnesota, USA. Para penarinya terdiri daripada wanita-wanita kulit hitam asal Afrika dan Asia.
ENTANGLED oleh Dayang Mariana (Malaysia)Dayang Mariana adalah anak Sarawak yang giat memperjuangkan seni tarinya di persada teni tanah air. Beliau mendapat didikan daripada koreografer Indonesia yang terkenal, Bagong Kusudiarjo. Pernah menjadi pengajar tari di Akademi Seni Kebangsaan dan Universiti Malaysia Sarawak setelah pulang dari pengajian di Amerika Syarikat. Dayang mendapat pendidikan tentang Labanotasi di New York sebelum memenangi pingat Emas dalam pertandingan tarian kontemporari di WCOPA di Los Angeles pada tahun 2004.
WITHIN THE DARK WATER oleh Kiea Kuan Nam (Malaysia)Kiea Kuan Nam adalah merupa salah seorang ahli utama di dalam kumpulan teater tari Buto Malaysia terkenal, Nyoba Kan. Sebelum itu beliau pernah menyertai Kwangsi Dance Selangor dan Kuala Lumpur serta pernah belajar dari Lee Swee Keong dan Woon Fok Sen. Beliau pernah bekerja dengan Pappa tarahumara serta Ko Murobushi dan menghadiri collaborative choreographers di Sumatera Barat dan mendapat gelaran Best Choreografer pada tahun 2006 di International Youth Dance Festival in Hong Kong.
REBEL WITHOUT CAUSE oleh Rathimalar Govindrajoo (Malaysia)Rathimalar Govindrajoo yang mempunyai asas tari dari tarian Odissi dan Bharata Natyam pernah menjadi salah orang penari utama Sutra Dance Theatre di bawah pimpinan Ramli Ibrahim selama 12 tahun sebelum menari dengan kumpulan tarian kontemporari India di Britain di bawah Shobana Jeyasigh. Apabila pulang ke Malaysia beliau menari dengan Sutra dan menghasilkan karya kontemporarinya sendiri, bermula dari Star Struck. Pernah bekerjasama dengan Bilqis Hijjas dan Suhaili Ahmad Kamil di dalam menghasilkan karya tari kontemporarinya.
SATU SAMA DENGAN DUA (Extended) oleh Suhaili Ahmad Kamil (Malaysia)Suhaili Ahmad Kamil adalah lulusan sarjana muda tari dari Victoria College of Arts di Melbourne pada tahun 2006. Beliau mendapat tempat kedua di dalam pertandingan realiti tv “You Think You Can Dance” pada tahun 2007. Beliau mengajar dan menghasilkan karya tari kontemporari di ASWARA sambil mengajar di Sekolah Tari Aurora dan pernah bekerja dengan Rimbun Dahan, Bilqis Hijjas dan Aida Redza. Pada tahun 2008 beliau kembali ke Melbourne untuk menghasilkan karya baru di dalam program New Wave Festival.
CONVERSATION – MAK YONG & MANORA oleh Zubin Mohamad (Malaysia)Zubin Mohamad adalah Zulkifli bin Mohamad, walaupun lebih dikenali sebagai seorang sarjana teater tari dan budaya, beliau pernah belajar tari Melayu kontemporari daripada Azanin Ahmad, tari Bali dari Ibu Ni Wayan Masih, tari Jawa dari Ibu Elly Luthan, teater dari Rendra serta Mak Yong dari Primadona Mek Nab dan pemain rebab, Che Amat. Beliau mula menghasilkan karya kontemporari di Sarawak kemudiannya di Bangkok dan Jakarta. Sepulangnya ke Malaysia beliau banyak menulis dan mengarah teater fizikal serta teater tari yang berasaskan vokabulari tradisi. Terakhir menghasilkan “24102004” di Brown University, USA dan “Ballet of Liggor: Text by Mubin Sheppard” di Asia Conference di Bangkok pada Jun dan July 2008.